Wednesday, 21 March 2012

SPM penentu segala-galanya??

Bismillahi Rahmani Rahim..

     Pertama sekali, maaflah ye, post pertama baru-baru ni dah jiwang.. nak buat macam mana, sekarangkan zaman kawin muda..opss.. hehe.. tapi photo bawah ini lagi sweet kowt.. (saja buat halwa mata..^_~) 





Ok2. kembali kepada tajuk asal,

malam ni cepat + pantas + ringan je jari taip satu persatu huruf.. sejuk katakan.. budak kat sini terketar-ketar kesejukan, budak SPM 2012 terketar-ketar terima slip exam kan?? hehe.. 


SPM menakutkan!!!!! 

 

         TAPI sekali kita gapai kejayaan itu, kemanisannya berganda-ganda, lagi manis dr rancangan Semanis Kurma, lagi manis dr gula. Pendek kata, perasaan ketika itu mengalahkan segala-galanya. Mana taknya, harapan ibu ayah termakbul, beban sebagai anak sulung yang sepatutnya tunjuk contoh yang baik kepada adik2 sudah hilang, apabila orang tanya result boleh jawab dengan senang hati + senyum lebar-selebarnya.. ^^ HAPPY KAN??




 lagi manis dari ice-cream ni

       So, mabruk alaik kepada adik-adik yang berjaya capai target SPM 2012... bukan calang-calang orang yang Allah berikan kejayaan tu tau.. sujud syukur jangan lupa!!




      TAPI  bagi yang xdapat capai target, ingin menangis?, menangislah, ingin berduka? berdukalah kalian, tapi ingatlah segala kejayaan milik Allah, xada seorang pun berhak mempersoalkan ketentuan itu. Kadang-kadang, kita sudah habis usaha + doa + tawakal namun Allah masih belum tunaikan impian kita.. Kita berdoa tapi mungkin Allah:
  • tunaikan tepat pada masa kita impikan
  • tunaikan tapi mungkin lambat
  • ganti dengan sesuatu yang lebih baik
~Sesungguhnya Allah Sebaik-baik Perancang~ 
 
Teringat sms seorang senior berikan ketika aku lemah dan tiada tali untuk bergantung..
"Apabila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu yang mencipta segalanya,
yang menimpa ujian, yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu.
Pasti damai hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan untuk dirimu,
bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, 
retaknya hatimu,
tapi mungkin yang itulah Dia mahu kerana Dia tahu hati sebeginilah 
yang mungkin lebih lunak dan mudah untk dekat & akrab denganNya....
Namun bila kamu letih & hilang semangat,
Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya,
Bila tangisanmu berpanjangan & hatimu kedukaan,
Allah telah mengira air matamu,
Bila kau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,
Allah setia disisimu,
Bila kau mencuba segalanya tapi tak tahu arah tujuan,
Allah ada untuk kembalikan semangatmu... "

~ SPM bukan penentu segala-galanya.. sahabat ana ramai sahaja yang dapat tawaran perghh walaupun tak dapat straight A's.. ramai je yang straight A's tapi gagal dalam interview scholarships..
 
" PERJALANAN KITA BARU BERMULA, JANGAN MENGAKU KALAH PADA AWAL PERJALANAN KERANA KITA XAKAN SAMPAI KEMANA-MANA JIKA BERHENTI.. AYUH!! BANGKITLAH KEMBALI"
 
~~~~Berdoalah kepada Allah kerana rezeki ditanganNya..~~~

No comments:

Post a Comment