Korang pernah tengok tak video ni??
Ingat lagi first time tonton video ni dekat surau sekolah
dulu…
keadaan surau yang bising sekelip mata je jadi senyap..
Ya!! Semua terdiam..
Masih ingatkah anda dengan peristiwa peperangan yang paling
lama dan paling menegangkan dalam sejarah? “Perang Salib” atau “Crusade.”
Itulah peperangan yang terjadi antara
pasukan kristian dengan pasukan Islam.
Kepakaran kapal perang musuh tidak menjamin kemenangan…
Hebatkan penangan Sultan
Salahuddin Al-Ayubi dalam sejarah Islam..
Hati tiba-tiba sayu, mana taknya.. dalam hidupnya, semua
kerana Islam..
ada satu ayat ini, aku sangat terasa...
‘Dalam medan peperangan dia bagaikan seorang ibu yang
kehilangan anak. Dia akan bergerak dari satu penjuru ke penjuru yang lain dalam
usaha menaikkan semangat tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.
Dia sanggup pergi ke pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak umat
Islam supaya bangkit membela Islam. Ketika perang berlansung dia lebih suka
berpuasa. Semasa mengepung Acre dia demam namun tetap berpuasa. Doktor
peribadinya berkata bahawa Salahuddin hanya berbuka dengan beberapa suap makanan
sahaja kerena tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu.’
namun sekarang...:(
Sebuah hadis yang diriwayatkan dari Thauban radhi allahu anhu, bahawa Rasullullah salla allahu alayhi wassallam bersabda, dengan mafhumnya yang bermaksud:
Sabda Baginda s.a.w.:
Jawab Rasulullah s.a.w.:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
namun sekarang...:(
Sebuah hadis yang diriwayatkan dari Thauban radhi allahu anhu, bahawa Rasullullah salla allahu alayhi wassallam bersabda, dengan mafhumnya yang bermaksud:
“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Sabda Baginda s.a.w.:
“Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”
Jawab Rasulullah s.a.w.:
“Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
Kadang2 kena reflect dalam diri.. Apa yang kita buat selama
untuk Islam
BUKAN
tanya apa yang Islam buat untuk kita… Kalau kita yang tinggalkan
Islam, Islam xakan pernah RUGI!!
Tapi kita yang rugi…
Memang Islam akan menang suatu hari nanti tapi kalau kita yang xmencetusya siapa lagi..
bukan hanya berdiam diri, menanti kemenangan itu datang sendiri...
TARBIAH + SAHABAT + ISLAM
Kalau dulu, setiap hari dikelilingi sahabat yg rajin mentarbiah
dan sedia ditarbiah.. tapi sekarang aku baru sedar, aku yang harus jadi mcm tu
dulu, jangan harapkan sahabat je yang baik..
Kalau dulu, setiap pagi ada sahaja ayat-ayat tazkirah atau
penenang jiwa menjadi halwa telinga tapi sekarang, gosip2, lagu2…. Ya Allah,
menyesalnya aku..
Kalau dulu, aku hebat kerana dikelilingi sahabat yg hebat
tapi sekarang aku lemah kerana aku dh jauh dr mereka...
Kalau dulu, orang melihat aku sebagai orang yang berani dalam
amar makruf nahi mungkar tapi sekarang, aku mampu senyum dan kekal berdiam…. Mana
pegangan dirimu??
Kalau dulu, kononnya
bersahabat ‘till jannah tapi sekarang langsung xtegur apabila sahabat buat
maksiat d fb..
Banyak perkara kita lalai, pernah aku terfikir kenapa aku
lemah, mampu berdiam sahaja??
Aku perlukan sahabat yang dapat pegang aku, dulu aku selesa,
OF COURSE selesa apabila, ramai orang memahami kita, ramai orang sama fikrah
dengan kita, bergurau n bergelak ketawa sama2, share masalah sama-sama.. …. HEAVEN
KOWT!!.. semuanya selesa sampai nk SPM.. bebanan SPM tu aku boleh terima, xda
stress…… YE!! Allah bagi keselesaan yang amat sangat…
Sampailah semua sahabat aku berjaya masuk U masing-masing…
Nah!! sekarang Allah tarik semua itu….
Aku dah tak ada sahabat yang nak share macam dulu…
Aku dah tak ada sahabat yang boleh bersedih sama-sama…
Aku dah tak ada sahabat yang apabila aku perlukan semangat dan
dia akan menguatkn semangat aku…
Tapi aku redha semua tu..
Redha= terima + ikhlas
Pasrah = terima + menyerah
Aku kuat berpegang pada ayat Surah Al-Baqarah ayat 216 ..
" .. boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagi kamu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
So sekarang..
Aku dah tak ada sahabat yg nak share2 macam dulu tapi aku
lupa Allah sentiasa ada disisiku malah sejak dulu lagi..
Aku dah tak ada sahabat yg boleh bersedih sama2 tapi aku ada
Allah yg memahami hati hamba2nya, tatkala aku mengadu padaNya aku bertambah
tenang..
Aku dah tak ada sahabat yg apabila aku perlukan semangat dia
akan menguatkan semangat tapi aku tak sedar, Allah lah yang menguatkan semangatku
selama ni tapi sahabat sebagai wasilahnya…
Aku pernah terdengar satu gurauan sahabatku kepada sahabatku
yang lain…
“ Dia tak ada kawan. Xda orang pun nak duduk dengan dia..
hahaha…”
Walaupun gurauan tu bukan untuk aku tapi ayat tu amat menikam
dikalbu…
Sahabat, sekarang kau ada sahabat yang nak duduk bersama, yang
nak gelak bersama, tapi suatu hari nanti, Allah pasti akan tunjuk rasa terseksanya
apabila berseorangan kerana aku pernah lalui saat2 kemanisan bersahabat dan aku
juga pernah melalui saat2 berseorangan seolah-oleh semua orang meninggalkan aku…
TARBIAH + SAHABAT + ISLAM
ISLAM PASTI AKAN MENANG SUATU HARI NANTI,
Sahabat, kuatkan dirimu untuk menghadapi hari kemudian nanti..
Jangan berdakwah berseorangan tapi ajaklah kawan..
insyaAllah, perjuangan kita pasti senang..