Thursday, 5 April 2012

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum :))


Izaiiyuku? ^^ (Apa khabar semua) izaiyyuku ni dalam bahasa Arab Ammi Mesir :) hehe


Atas permintaan kakak saya,saya pon terpanggillah utk bercerita ttg Mahallabeyyah ni..haa..ramai ke yg x tau mahallabeyyah ni apa? hoho..Mahallabeyyah ni ialah sejenis PENCUCI MULUT yg popular dlm klgn pelajar Timur Tengah (Mesir terutamanya)..klu kt Malaysia,lebih kurang macam dadih la ^^



Yummy! Nampak sedap kan? ni perasa coffee+coklat :D memang sedap pon!! Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah..Allah bagi nikmat rasa mknn Arab~ Mahallabeyyah ni diperbuat daripada susu kerbau..harga pon berpatutan..2.50 geneh satu ^__^  (geneh ni matawang Egypt) klu convert ke Malaysia dalam RM 1.75 la..murah x?


Dan2..di depan kedai mahallabeyyah ni jugak lah tempat kami selalu tunggu musyrif..atau musyrif yg tunggu kami...hehehe..maaf ye musyrif2 sekalian atas kelewatan kami yg disengajakan mahupun tidak..insyaAllah..sama-sama ubah diri kita jadi umat Nabi Muhammad sollallahu  alaihi wasallam yg punctual dan menghargai masa! ^__^ insyaAllah! semangat2!






Oh lupa plak nak kenalkan..musyrif ni nama dlm bhs Arab yg bermaksud "org yg mengawasi"...oleh sebab xde Ta marbutah kat belakang tu (bukan musyrifah k..MUSYRIF) so musyrif ni bermaksud "lelaki yg mengawasi"...kat sini (Mesir),kami akhawat diwajibkan utk menggunakan perkhidmatan musyrif klu nak keluar malam..seronok..saling menjaga kerana Allah..jazakumullahu khair musyrif2 sekalian..semoga Allah melindungi ibu,adik,kakak dan bakal isteri kalian juga..Amin~



Yang kanan sekali tu favourite saya ^__^ harga : 2.75 geneh (mahal sikit la sbb coklat sedap kn :P hihi) dialog yg sll digunakan  kpd penjual : "Assalamu 3alaik. 3aizah syukulatah wahid" (sambil jari tunjuk kt mahallabeyyah coklat tu)
***NOTE : nombor 3 yg digunakan mewakili huruf ain dlm jawi.***

u/p : kakak,adik sayang kakak sgt2..adik mtk maaf klu adik ada buat salah..selamat study krn Allah! :))

Friday, 30 March 2012

Tarbiah + Sahabat + Islam


Korang pernah tengok tak video ni??


Ingat  lagi first time tonton video ni dekat surau sekolah dulu… 
keadaan surau yang bising sekelip mata je jadi senyap.. 
Ya!! Semua terdiam..  
Masih ingatkah anda dengan peristiwa peperangan yang paling lama dan paling menegangkan dalam sejarah?    “Perang Salib” atau “Crusade.” 
Itulah  peperangan yang terjadi antara pasukan kristian dengan pasukan Islam. 




Kepakaran kapal perang musuh tidak menjamin kemenangan… 
Hebatkan penangan Sultan Salahuddin Al-Ayubi dalam sejarah Islam..

Hati tiba-tiba sayu, mana taknya.. dalam hidupnya, semua kerana Islam.. 
ada satu ayat ini, aku sangat terasa... 

‘Dalam medan peperangan dia bagaikan seorang ibu yang kehilangan anak. Dia akan bergerak dari satu penjuru ke penjuru yang lain dalam usaha menaikkan semangat tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Dia sanggup pergi ke pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak umat Islam supaya bangkit membela Islam. Ketika perang berlansung dia lebih suka berpuasa. Semasa mengepung Acre dia demam namun tetap berpuasa. Doktor peribadinya berkata bahawa Salahuddin hanya berbuka dengan beberapa suap makanan sahaja kerena tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu.’

namun sekarang...:(

Sebuah hadis yang diriwayatkan dari Thauban radhi allahu anhu, bahawa Rasullullah salla allahu alayhi wassallam bersabda, dengan mafhumnya yang bermaksud:
“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Sabda Baginda s.a.w.:
“Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”
Jawab Rasulullah s.a.w.:
“Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”
Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

Kadang2 kena reflect dalam diri.. Apa yang kita buat selama untuk Islam 
BUKAN
tanya apa yang Islam buat untuk kita… Kalau kita yang tinggalkan Islam, Islam xakan pernah RUGI!! 
Tapi kita yang rugi…
Memang Islam akan menang suatu hari nanti tapi kalau kita yang xmencetusya siapa lagi.. 
bukan hanya berdiam diri, menanti kemenangan itu datang sendiri... 

TARBIAH + SAHABAT + ISLAM



Kalau dulu, setiap hari dikelilingi sahabat yg rajin mentarbiah dan sedia ditarbiah.. tapi sekarang aku baru sedar, aku yang harus jadi mcm tu dulu, jangan harapkan sahabat je yang baik..


Kalau dulu, setiap pagi ada sahaja ayat-ayat  tazkirah atau penenang jiwa menjadi halwa telinga tapi sekarang, gosip2, lagu2…. Ya Allah, menyesalnya aku..
Kalau dulu, aku hebat kerana dikelilingi sahabat yg hebat tapi sekarang aku lemah kerana aku dh jauh dr mereka... 


Kalau dulu, orang melihat aku sebagai orang yang berani dalam amar makruf nahi mungkar tapi sekarang, aku mampu senyum dan kekal berdiam…. Mana pegangan dirimu??


 Kalau dulu, kononnya bersahabat ‘till jannah tapi sekarang langsung xtegur apabila sahabat buat maksiat d fb..


Banyak perkara kita lalai, pernah aku terfikir kenapa aku lemah, mampu berdiam sahaja??
Aku perlukan sahabat yang dapat pegang aku, dulu aku selesa, OF COURSE selesa apabila, ramai orang memahami kita, ramai orang sama fikrah dengan kita, bergurau n bergelak ketawa sama2, share masalah sama-sama.. …. HEAVEN KOWT!!.. semuanya selesa sampai nk SPM.. bebanan SPM tu aku boleh terima, xda stress…… YE!!  Allah bagi keselesaan yang amat sangat…

Sampailah semua sahabat aku berjaya masuk U masing-masing…



Nah!! sekarang Allah tarik semua itu….
Aku dah tak ada sahabat yang nak share macam dulu…
Aku dah tak ada sahabat yang boleh bersedih sama-sama…
Aku dah tak ada sahabat yang apabila aku perlukan semangat dan dia akan menguatkn semangat aku…

Tapi aku redha semua tu..

Redha= terima + ikhlas
Pasrah = terima + menyerah 

Aku kuat berpegang pada ayat Surah Al-Baqarah ayat 216 ..

" .. boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagi kamu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"


So sekarang..
Aku dah tak ada sahabat yg nak share2 macam dulu tapi aku lupa Allah sentiasa ada disisiku malah sejak dulu lagi.. 
Aku dah tak ada sahabat yg boleh bersedih sama2 tapi aku ada Allah yg memahami hati hamba2nya, tatkala aku mengadu padaNya aku bertambah tenang..
Aku dah tak ada sahabat yg apabila aku perlukan semangat dia akan menguatkan semangat tapi aku tak sedar, Allah lah yang menguatkan semangatku selama ni tapi sahabat sebagai wasilahnya…

Aku pernah terdengar satu gurauan sahabatku kepada sahabatku yang lain…

“ Dia tak ada kawan. Xda orang pun nak duduk dengan dia.. hahaha…”
Walaupun gurauan tu bukan untuk aku tapi ayat tu amat menikam dikalbu…
Sahabat, sekarang kau ada sahabat yang nak duduk bersama, yang nak gelak bersama, tapi suatu hari nanti, Allah pasti akan tunjuk rasa terseksanya apabila berseorangan kerana aku pernah lalui saat2 kemanisan bersahabat dan aku juga pernah melalui saat2 berseorangan seolah-oleh semua orang meninggalkan aku…

TARBIAH + SAHABAT + ISLAM


ISLAM PASTI AKAN MENANG SUATU HARI NANTI,
Sahabat, kuatkan dirimu untuk menghadapi hari kemudian nanti..
Jangan berdakwah berseorangan tapi ajaklah kawan..
insyaAllah, perjuangan kita pasti senang..

Wednesday, 21 March 2012

SPM penentu segala-galanya??

Bismillahi Rahmani Rahim..

     Pertama sekali, maaflah ye, post pertama baru-baru ni dah jiwang.. nak buat macam mana, sekarangkan zaman kawin muda..opss.. hehe.. tapi photo bawah ini lagi sweet kowt.. (saja buat halwa mata..^_~) 





Ok2. kembali kepada tajuk asal,

malam ni cepat + pantas + ringan je jari taip satu persatu huruf.. sejuk katakan.. budak kat sini terketar-ketar kesejukan, budak SPM 2012 terketar-ketar terima slip exam kan?? hehe.. 


SPM menakutkan!!!!! 

 

         TAPI sekali kita gapai kejayaan itu, kemanisannya berganda-ganda, lagi manis dr rancangan Semanis Kurma, lagi manis dr gula. Pendek kata, perasaan ketika itu mengalahkan segala-galanya. Mana taknya, harapan ibu ayah termakbul, beban sebagai anak sulung yang sepatutnya tunjuk contoh yang baik kepada adik2 sudah hilang, apabila orang tanya result boleh jawab dengan senang hati + senyum lebar-selebarnya.. ^^ HAPPY KAN??




 lagi manis dari ice-cream ni

       So, mabruk alaik kepada adik-adik yang berjaya capai target SPM 2012... bukan calang-calang orang yang Allah berikan kejayaan tu tau.. sujud syukur jangan lupa!!




      TAPI  bagi yang xdapat capai target, ingin menangis?, menangislah, ingin berduka? berdukalah kalian, tapi ingatlah segala kejayaan milik Allah, xada seorang pun berhak mempersoalkan ketentuan itu. Kadang-kadang, kita sudah habis usaha + doa + tawakal namun Allah masih belum tunaikan impian kita.. Kita berdoa tapi mungkin Allah:
  • tunaikan tepat pada masa kita impikan
  • tunaikan tapi mungkin lambat
  • ganti dengan sesuatu yang lebih baik
~Sesungguhnya Allah Sebaik-baik Perancang~ 
 
Teringat sms seorang senior berikan ketika aku lemah dan tiada tali untuk bergantung..
"Apabila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu yang mencipta segalanya,
yang menimpa ujian, yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu.
Pasti damai hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan untuk dirimu,
bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, 
retaknya hatimu,
tapi mungkin yang itulah Dia mahu kerana Dia tahu hati sebeginilah 
yang mungkin lebih lunak dan mudah untk dekat & akrab denganNya....
Namun bila kamu letih & hilang semangat,
Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya,
Bila tangisanmu berpanjangan & hatimu kedukaan,
Allah telah mengira air matamu,
Bila kau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,
Allah setia disisimu,
Bila kau mencuba segalanya tapi tak tahu arah tujuan,
Allah ada untuk kembalikan semangatmu... "

~ SPM bukan penentu segala-galanya.. sahabat ana ramai sahaja yang dapat tawaran perghh walaupun tak dapat straight A's.. ramai je yang straight A's tapi gagal dalam interview scholarships..
 
" PERJALANAN KITA BARU BERMULA, JANGAN MENGAKU KALAH PADA AWAL PERJALANAN KERANA KITA XAKAN SAMPAI KEMANA-MANA JIKA BERHENTI.. AYUH!! BANGKITLAH KEMBALI"
 
~~~~Berdoalah kepada Allah kerana rezeki ditanganNya..~~~

Monday, 19 March 2012

Taqdim? Maaf. Ana belum bersedia


Assalamualaikum


"Pertama dan selama-lamanya,marilah kita merafa3kan setinggi2 kesyukuran ke hadrat Allah kerana dgn rahmatNya kita masih lagi dpt berhimpun dlm majlis ni,seterusnya,selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,atas jerih perih baginda,kita masih lagi dpt menikmati dua nikmat yg terbesar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM"



Enta masih ingat kan ayat ni? quote famous among bdk2 SMKAX sblm mula tazkirah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Pengalaman hidup kt SMKAX selama 2 tahun sedikit sebanyak ubah kita jadi lebih baik. Ana yakin,enta n muslimin SMKAX mst dpt ambil banyak ibrah kat sana kan? ^^ TAPI,rupa-rupanya 2 tahun tu x dpt menjamin IMAN kita CONSTANT. x,iman kita x constant. iman kita turun naik,kita bkn malaikat yg imannya mmg naik je,dan kita juga bkn org kafir,munafiq dan fasiq (naudzubillahi min dzalik) yg iman diorg menurun je..



Bila kita dah ada kat luar ni,barulah kita NAMPAK dunia yg sebenar. jujur,ana mmg x solehah mana mcm enta jangkakan. Ana biasa2 shj. Malah,mungkin lebih teruk lagi berbanding muslimah yg enta pernah kenal. Ana faham,enta JARANG berhubung dgn perempuan. dan ana hormat enta kerana itu ^^ masyaAllah. semoga terus kuat iman ye dan x mudah tergoda dgn dunia ni,amin..



Ana mintak maaf banyak2..kita baru Tahun 1 kan? Sama2 ingat balik tujuan asal kita kat sini..jauh dari Malaysia,datang Mesir utk apa? utk belajar MEDIK kan? https://s-static.ak.facebook.com/images/blank.gif utk jadi doktor + ustaz +ustazah yg bermanfaat utk masyarakat kelak. banyak lagi benda2 yg bermanfaat kat sini utk kita grab kan? ^^ garaplah ilmu2 agama yg ada kat sini utk bekalan akhirat nnt insyaAllah~



------"I want to be the right person first before thinking further about this matter"------



Sayang-menyayangi sesama manusia tu satu fitrah (semulajadi)..xde salah pon.. Cuma,buat masa sekarang,ana x rasa ini masa yg sesuai utk kita berbicara ttg hal ini. Tambahan pula,mak ayah ana x redha kita teruskan hubungan ni. Redha Allah pada redha ibu bapa kan? 





Ana harap enta terus kuat lepas ni,di samping ibu bapa n family enta,yang PALING PENTING sekali Allah ada! Ana harap kita hentikan semua ni kat sini je ye? Ana pon segan dgn enta kalau kita terus mcm ni.



Seperkara lagi,kalau enta masih nak tunggu ana,ana x halang. Lets say la one day if u find a better muslimah than me,go ahead and propose her! :D insyaAllah,Allah set a BETTER FUTURE for u! i dont mind insyaAllah..





I hope afterwards u would be more socialized with people around. In that way,u'll be exposed to the REAL WORLD. it's far far more challenging than u ever thought or imagined,,,only the fittest people will survive! so,jom la be one of them! ^^ 



Surah Al-Baqarah ayat 216--> jom2 bukak tafsir!





Sekali lagi,terima kasih banyak2 sbb hormat ana sbg seorang muslimah.. Ehttps://s-static.ak.facebook.com/images/blank.gifnta x ambil kesempatan mcm sesetengah llki yg sentuh hati wanita tanpa ada tujuan yg jelas. syukran jazilan. Jazakallahu khair.